WoooW..MENGEJUTKAN! Pakaian Che Ta Dipakai Sekali Dan Dijual Semula?


Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada anak keduanya. – MENGEJUTKAN! Hadiah Che Ta Buat Anak Lelaki Keduanya Membuatkan Orang Terlopong
Namun, segala kekayaan dimiliki itu adalah usahanya bekerja keras sebagai anak seni. Malah pakaian Che Ta hanya dipakai sekali dan sentiasa bertukar yang baru.
Ibu kepada tiga orang anak ini mengakui bahawa dia jarang mengulang pakaian yang sama dan baju yang baru hanya dipakai sekali sahaja. Malah, Che Ta terpaksa menyewa sebuah rumah semata-mata untuk menempatkan pakaiannya itu.
Rozita Che Wan 1

“Setiap hari saya akan memakai pakaian baharu. Amat jarang sekali saya mengulang pakai pakaian yang sama kecuali yang betul-betul saya suka. Itu pun dua tiga kali saja, lepas tu terus simpan.”
“Sebab itulah saya terpaksa menyewa sebuah rumah bagi menempatkan pakaian-pakaian lama kerana terlalu banyak. Terutama pakaian ketika sebelum mengenakan tudung dulu, lagilah berlambak.”
Rozita Che Wan 2

Selepas isu ditegur oleh netizen yang mengatakan dia hanya memakai baju yang sama setiap masa membuatkan dia takut untuk memakai baju yang sama lagi.
“Teguran itu membuatkan saya kurang selesa dan sebab itulah saya tidak lagi mengulang pakai pakaian yang pernah dipakai.”
Namun, baju yang sudah dipakai itu akan dijual semula melalui instgram khas yang dikendalikan oleh anaknya dan sambutan terhadap jualan tersebut sangat membanggakan.
“Mujurlah ada anak-anak yang membantu menjual pakaian dan aksesori yang sudah tidak mahu diguna secara maya. Walaupun baru dua bulan lebih beroperasi, sambutan amat menggalakkan sehingga mencecah hasil jualan RM40,000.”
“Syukurlah, kebanyakannya menjadi rebutan, apatah lagi saya menjualnya dengan harga amat murah, kurang 50 peratus daripada harga asal.”
Rozita Che Wan 3
Apapun, itu adalah hak Che Ta untuk memakai bajunya berapa banyak sekalipun. Semoga selepas ini tiada lagi bunyi yang kurang enak didengar.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment