http://www.malaysiagazette.com/ms/hiburan/dilwale-kutip-rm64-juta-dalam-seminggu

Dilwale kutip RM64 juta dalam seminggu!!!

1 of 1
GANDINGAN Shahrukh Khan dan Kajol nyata masih berpangaruh dalam kalangan peminat filem Bollywood apabila filem Dilwale lakonan aktor dan aktres itu mencatat kutipan RM64 juta (AS$15 juta) dalam tempoh kira-kira seminggu tayangannya.
Malah filem itu juga merupakan filem terpantas mencatat kutipan melepasi angka satu bilion rupee yang dianggap sebagai kelab box office di Bollywood.
Biarpun ada sedikit kontroversi pada awalnya, filem yang menggandingkan dua pelakon hebat itu berjaya mencatatkan kutipan memberangsangkan termasuk di Malaysia.
The Indian Express melaporkan, untuk minggu pertama Dilwale telah melepasi angka RM64 juta di India sahaja yang menunjukkan pengaruh Shahrukh Khan dan Kajol masih kuat dalam kalangan peminat filem Hindi.
Pada dua hari pertama ditayangkan, filem itu telah mencatatkan kutipan tertinggi dan terus naik mendadak sehari sebelum Krismas termasuk di luar India terutama di United Kingdom, Australia dan Malaysia.
Di India, Dilwale terpaksa bersaing dengan filem lakonan Deepika Padukone, Bajirao Mastani selain Star Wars: The Force Awakens di peringkat antarabangsa
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment