Belum jumpa cat lagi..


Kota Bharu: Lebih 10 syarikat yang menawarkan cat warna merah jambu, namun warnanya tidak sesuai seperti yang dikehendaki penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida.

Datuk Dr Vida berkata, beliau kini dalam proses meneliti cat lebih sesuai kerana mahu ia sempurna seperti yang diimpikannya.

Katanya, beliau tidak mahu proses mengecat hanya dilakukan seperti melepaskan ‘batuk di tepi tangga’ saja kerana ia memerlukan penelitian dan kesempurnaan demi melihat perubahan 100 peratus ke atas stadium keramat itu yang berusia 49 tahun.

“Saya mahu warna itu bukan sebarang merah jambu tapi lebih kepada warna magenta iaitu antara ungu dan mawar yang dicampur merah muda.

“Oleh itu, saya perlu berhati-hati dalam proses pemilihan warna ini dan walaupun sukar, saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab dapat siapkan mengikut tempoh yang diberikan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr Vida berkata, buat masa ini beliau mahu syarikat berkenaan menumpukan kepada proses mengecat warna putih untuk lapisan pertama di seluruh stadium bagi membuang kesan cat lama.

“Saya mahu lakukan yang terbaik dan memberi keselesaan kepada penyokong supaya lebih ramai hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV. Kerja pembersihan dan mengecat lapisan pertama sedang giat dilakukan untuk membuang cat lama.

“Kami harap kerja mengecat ini dapat disiapkan sebelum sepak mula Liga Super 2016 pada 13 Februari ini. Ia akan mengambil masa tiga minggu dan selepas itu kerja pemulihan dan pembaikan akan dilakukan sedikit demi sedikit,” katanya.

Langkah seterusnya saya mahu menumpu kepada proses naik taraf di bahagian dalam stadium termasuk laluan, tandas dan surau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Impian Berkat Trading, Mohd Halizan Ab Halim berkata, buat masa ini pekerjanya menumpukan kepada mengecat warna putih untuk lapisan pertama yang sudah 80 peratus siap.

“Buat masa ini kami tumpu kepada kerja mengecat warna putih dahulu. Akhir sekali baru kami cat dengan merah jambu.”
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment