Nora Danish Sedia Kahwin, Elak Kontroversi!

GOSIP ARTIS MALAYSIA Nora Danish Sedia Kahwin, Elak Kontroversi!

Beberapa minggu yang lalu, kecoh seketika industri hiburan tanah air dengan khabar angin yang dikatakan Nora Danish menjadi punca retaknya hubungan pelakon Fasha Sandha dan suaminya Jejai.

Demi mengelakkan dirinya terus difitnah dan dilanda kontroversi panas yang tidak sudah-sudah, Nora Danish memaklumkan beliau sudah bersedia untuk berkahwin.

“Susah apabila timbul isu–isu begini apabila nama Nora dikaitkan lagi. Sedangkan Nora sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan bekas suami, kecuali anak kami iaitu Putera Rayqal Ramli”.


Nora Danish Sedia Kahwin, Elak Kontroversi!

Menurut Nora keputusan yang diambil itu jalan terbaik demi mengelakkan perkara yang tidak elok berlaku kepada dirinya dan mengenai soal jodohnya pula beliau berserah kepada takdir.

“Mungkin dengan berkahwin, nama Nora tidak lagi terpalit dengan kontroversi begini. Tetapi dengan siapa Nora tidak tahu. Ini kerana jodoh Allah yang tentukan. Kalau jodoh Nora kuat dengan beliau (Nedim), Nora terima kerana sikap beliau membuatkan Nora senang berkawan,” .

Jika benar apa yang diperkatakan oleh Nora bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, pastinya ia satu perkara yang paling dinantikan oleh peminatnya dan juga Nedim. Semoga semuanya berjalan lancar sahaja nanti.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment