Rozita Che Wan Jawab Isu Panas Diri Berseluar Pendek!!
“Kamu belum tanya saya sudah jawab,” demikian jawapan yang diberikan kepada penulis ketika cubaan untuk bertanyakan isu hangat ini.
Bagi Che Ta, isu ini hanya timbul bagi mereka yang gemar membuat andaian dirinya seolah-olah memakai seluar pendek secara membuta tuli. Gambar yang dikongsikan di laman Instagramnya ketika bercuti di London itu mengundang respon negatif sesetengah peminat dan pengikut laman Instagramnya.
Gambar yang dimuat naik Rozita Che Wan cetus respon negatif netizen.
“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung.
Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.
Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja,” ujarnya.
Akui Che Ta, isu itu langsung tidak menjejaskan percutiannya bersama suami dan dua lagi anaknya, Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana. Hmmm kadang-kadang masyarakat sering melakukan andaian sendiri yang boleh mencetuskan amarah namun, sebaiknya setiap kritikan yang timbul dikaji dan diselami balik. Adakah diri tetap berada di landasan yang betul.
Apa-apa pun semoga Che Ta dan keluarga sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya. Yang penting jangan cepat melatah sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah wallahualam.
0 comments:
Post a Comment