Kejadian Pelik Penerbangan Pesawat Boeing 777-300 Cetus Misteri!!!!


Satu kejadian aneh dilaporkan telah berlaku dalam pesawat jenis Boeing 777-300. Kru pesawat dilaporkan pengsan manakala penumpang jatuh sakit secara tiba-tiba dalam satu penerbangan yang dalam perjalanan dari London ke Los Angeles.
Sekaligus mengundang panik dan membuatkan penumpang cuba mendapatkan Doktor dalam kalangan mereka namun juruterbang Syarikat Penerbangan Amerika (American Airlines) mengumumkan untuk berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan.



Pesawat itu berjaya mendarat di Lapangan Terbang Heathrow sementara itu penumpang tidak dibenarkan untuk keluar.
Kejadian Pelik Penerbangan Pesawat Boeing 777-300 Cetus Misteri!
Pesawat Boeing 777-300.
Pasukan perubatan yang menunggu ketibaan pesawat berkenaan hanya dibenarkan untuk merawat penumpang dan kru kapal yang terlibat selepas ujian udara di dalam pesawat selesai dilakukan.
Pihak berkuasa lapangan terbang bertindak merampas semua bagasi dalam pesawat untuk melakukan pemeriksaan.
Seramai enam kru kapal dan dua penumpang yang berusia lingkungan 40 dan 60 tahun dilaporkan jatuh sakit di atas penerbangan berkenaan.
Bagaimanapun ia dinafikan oleh syarikat penerbangan itu bbahawa terdapat kru kapal dan penumpang telah jatuh sakit ketika pesawat terpaksa perpatah balik.
Sumber Mstar Online


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment