keadaan Letupan gegarkan Jakarta, sekurang-kurangnya 4 terkorban
Beberapa letupan menggegarkan Jakarta hari ini dengan para saksi menyatakan terdapat kematian, keadaan huru hara dan tembakan senjata api kedengaran.
Akaun twitter polis Jakarta berkata, satu letupan berlaku di pusat membeli belah, Sarinah Mall. Polis berkata penyerang-penyerang tiba dengan menaiki motosikal dan membaling bom tangan, lapor wakil ABC di Indonesia, Adam Harvey.
Para saksi berkata, kedengaran tembakan senjata api diikuti beberapa letupan manakala sekurang-kurangnya tiga mayat terbaring di atas tanah.
Imej di tempat kejadian mendedahkan letupan itu menyebabkan kerosakan di tempat pemeriksaan berhampiran pusat maklumat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kafe Starbuck.
"Tingkap kafe Starbuck berkecai. Saya melihat tiga mayat di atas jalan. Seseorang berada di atas bumbung sebuah bangunan dan polis mengacukan senjata mereka ke arahnya," laporan jurugambar Reuters di pusat bandar raya itu.
Polis meminta orang ramai tidak berada berdekatan dengan tingkap, kata Wakil Serantau PBB menerusi laman twitter dari bangunan PBB.
Beberapa hotel mewah, pejabat dan kedutaan, termasuk kedutaan Perancis, terletak di kawasan letupan itu berlaku.
Polis telah menutup kawasan terbabit dan meminta wartawan menjauhi kawasan tersebut.
Sementara itu, satu lagi letupan dilaporkan berlaku di pinggir bandar barat Jakarta, Palmerah, menurut Reuters.
0 comments:
Post a Comment