Cikgu Online: Dr Vida buat filem pula

Cikgu Online: Dr Vida buat filem pula 

1 of 1
Dr Vida
Dr Vida
Bermula sebagai pengasas produk kosmetik dan kesihatan, kemudiannya Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Dr Vida kini melebarkan lagi perniagaannya sebagai penerbit filem pula.
Menerusi Datuk Seri Vida Production, jutawan kosmetik itu akan menerbitkan filem bertajuk Cikgu Online pada akhir tahun ini bagi mengatasi kejayaan filem Polis Evo.
Filem lakonan Shaheizy Sam dan Zizan itu berjaya mengutip kira-kira RM17.5 juta.
"Sebelum ini saya pernah terlibat dengan filem Mamat Khalid iatu Zombi Kilang Biskut apabila saya ada mengeluarkan dana. Begitu juga dengan drama lain.
"Tetapi kini saya punya penerbitan sendiri dan akan bermesyuarat dengan pengarah Polis Evo, Ghaz Abu Bakar.
"Saya yakin Cikgu Online boleh dapat kutipan lebih daripada Polis Evo,” katanya sambil menambah filem Zombi Kilang Biskut yang  ditayangkan pada 2014 meraih kutipan sebanyak RM1.1 juta.
Dr Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman berkata, filem sulungnya mengisahkan tentang seorang guru yang mendapat inspirasi untuk berniaga secara atas talian.
Filem itu  turut menampilkan beliau sendiri bersama keluaran-keluaran kosmetik dan kesihatannya.
"Filem ini melibatkan produk saya juga. Ceritanya tauke jamu dan cikgu online tengok orang jual tudung dan mahu membuka perniagaan sendiri.
"Saya suka Shahnaz Ahmad, Aaron Aziz dan Zul Ariffin tetapi ramai pilih Aaron. Heroin belum ada tapi yang pasti saya berlakon dalam filem itu. Saya hendak promosikan produk saya.
"Saya suka lawak spontan. Saya tidak mahu pelawak buat lawak. Saya mahu orang biasa, spontan daripada skrip," katanya. - MalaysiaGazette
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment