Che Ta bercuti ke London macam balik Kedah...

Che Ta bercuti ke London macam balik Kedah...

1 of 1
Mewah betul kehidupan dramatis terkenal ini, siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta.
 
Orang lain hendak pergi bercuti, fikir beratus kali bajet. Tapi Che Ta pergi bercuti, bukan dalam negara, tapi ke London macam Kuala Lumpur pergi Kedah sahaja.
Kalau tidak silap, Oktober lalu, Che Ta dan juga suami baru sahaja berkunjung ke kota London bersama Aaisyah Dhia Rania sebagai hadiah kepada anaknya itu yang telah pun menyambut hari lahir pertama pada 1 November lalu.
 
Tidak sampai tiga bulan, Che Ta pergi lagi. Untunglah kan. Tapi kalau sudah mampu, apa salahnya. Kerja penat-penat, kenalah manja diri dengan bercuti bersama keluarga.
 
Ini kerana percutian kali ini Che Ta turut sama membawa dua orang anak lelakinya.
Yang menarik, siap lengkap dengan jurugambar professional.
 
Bertuah sungguh jurugambar tersebut. Sambil ikut Che Ta dan ambil gambar, boleh jalan sana sini pula. Luar negara pula tu, bukan balik Alor Setar.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment