Saya tidur dgn VIP?? -Elizabeth Tan
Oleh : RADZUAN HASSAN
Penyelaras : KELLY AZMAN
Foto : NOOR ASREKUZAIREY SALIM
Grafik : JAMIE
Video : ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR
LOKASI : STUDIO FOTOGRAFI MALAYSIAGAZETTE
|
LAGU catchy, chicky dan suaranya husky.
Itu respon ramai terhadap irama dan suara Elizabeth Tan melalui lagu Knock Knock. Lagunya juga mencatat rekod menduduki carta top ten kesemua carta-carta radio di negara ini.
Bermula suka-suka dan tiba-tiba terkenal selepas menyanyi orang lain di You Tube menggunakan ukelele dan piano semasa menuntut di Amerika Syarikat dua tahun lepas, Elizabeth kini satu fenomena.
Lebih-lebih lagi dianugerahkan susuk tinggi lampai dan jelita. Matanya besar (jarang dimiliki orang Cina) juga aset pemikat gadis berusia berusia 22 tahun itu.
"Ramai ingat saya orang Sarawak bila tengok muka saya..saya orang KL,"
TIDUR DENGAN VIP?
Namun populariti mendadak pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu tidak 'semudah' itu. Hatinya pernah remuk apabila dituduh sanggup meniduri dan melakukan oral seks dengan VIP.
"Tahun lepas di Kota Kinabalu, ada kawan saya kerja freelance MC tanya benarkah saya keluar dan tidur dengan VIP untuk menjadi terkenal segera.
"Saya marah..memang saya tidak buat," ujarnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini. 'Kemarahan' itu kemudiannya diluahkan menerusi lagunya, Rumours di laman sosialnya.
Mengakui belum ada teman lelaki, Elizabeth yang fasih berbahasa Melayu tetapi mengaku pelat itu bersekolah di Sekolah Menengah Taman Melawati sebelum sambung pelajaran di sebuah kolej di Texas.
"Ramai ingat saya orang Sarawak bila tengok muka saya..saya orang KL," katanya yang ada ribuan pengikut di laman sosialnya.
Percaya atau tidak, Elizabeth kini ada kira-kira 160,000 pengikut di Instagram, Facebook (91,000) dan Twitter (11,200).
"Tahun lepas di Kota Kinabalu, ada kawan saya kerja freelance MC tanya benarkah saya keluar dan tidur dengan VIP untuk menjadi terkenal segera.
ANAK PADERI
Ramai juga tidak mengetahui, kedua-dua orang tuanya merupakan paderi dan tidak hairan kenapa anak bongsu dari tiga adik beradik itu menyambung pelajaran di Kolej Bible di Amerika Syarikat.
"Saya dari kecil sudah menyanyi di gereja di Setapak dan abang saya, Andrew Tan pernah jadi top for Malaysian Idol. Kini dia (Andrew) jadi pensyarah di Kolej TAR dan sibuk sampai tidak menyanyi lagi," ujarnya sambil ketawa.
SIAPA PO?
Ketika berbual, Elizabeth tersebut ada rakannya memanggilnya dengan nama Po.
"Keluarga dan kawan-kawan rapat panggil saya Po. Po singkatan Popo atau dalam bahasa China bermaksud precious (bernilai tinggi)," tuturnya jujur.
Sebutan Popo lama kelamaan menjadi Po, katanya. Ditanya, bila mahu keluar single kedua, Elizabeth memaklumkan ia bergantung kepada lagu Knock Knock.
"Sekarang sebab lagu itu masih main di radio dan dalam carta radio dan tengah tunggu video muziknya siap," ujarnya sambil terharu apabila ada drama Delina juga turut menggunakan lagunya itu.
JUMPA 'HANTU' MUZIUM
Elizabeth juga tidak sabar menanti reaksi peminat melihat lakonannya buat kali pertama dalam filem Menghojang Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid pada Ogos ini. Filem lakonan Usop Wilcha sebagai hero dan dia sebagai heroin itu adaptasi filem Hollywood Night At The Museum.
Filem itu mengisahkan tentang penganjuran pameran hantu dunia yang tanpa disedari dirancang pihak tertentu untuk menghidupkan drakula. Menurut Elizabeth, penggambaran dilakukan disebuah muzium di Tanjung Malim dan senang bekerjasama dengan Usop dan Mamat yang kelakar.
0 comments:
Post a Comment