Nora Danish dan Nedim bakal berkahwin hujung bulan ini.


Nora Danish dan Nedim bakal berkahwin hujung bulan ini..
Pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri sudah kembali menjadi  topik hangat. Selepas tersebarnya foto Nora menggayakan busana pengantin  yang dimuat naik oleh pereka fesyen Ashraff Zainal, ada sumber yang mengatakan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan sekitar hujung bulan ini.

Berita itu tidak mustahil kerana Nora sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin semula dan berpendapat Nedim mempunyai ciri-ciri lelaki yang sesuai dengannya. Mereka berdua juga saling memahami.
Malah,  foto Nora yang dihantar oleh Nedim ke KLIA sebelum aktres itu berangkat ke New York turut menggambarkan mereka kini sudah bersatu semula apabila Nedim menyertakan kapsyen romantis buat Nora.

Kalau betul mereka bakal berkahwin, tahniah kami ucapkan. Lagipun Nora dan Nedim sudah lama bercinta dan masing-masing nampak cukup sesuai bersama.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment