Jodoh Dah Dekat, Tidak Tahu Siapa Dan Bila Tapi Boleh Rasa – Nur Fazura
Mengenai Fazura yang sehingga kini masih kekal solo, wanita yang hangat dengan isu KimK itu berkata beliau boleh “rasa” bahawa jodohnya sudah dekat meskipun sibuk dengan kerjayanya.
Setakat ini calonnya belum ada lagi. Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja. Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh ‘rasa’.
Dilihat sebagai seorang wanita yang agak “workoholic” baik dalam bidang lakonan mahupun perniagaan, Fazura bagaimanapun sanggup berhenti berlakon dan hanya meneruskan dengan perniagaan beliau selepas berkahwin kerana ingin memberikan seratus peratus tumpuan pada keluarga beliau yang akan dibina kelak.
Buat masa ini saya memang fokus pada kerja. Kerja, kerja, dan kerja. Bila dah puas kerja, insyaAllah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon. Tak mahu berlakon lagi. Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja.
Tidak apalah Fazura, janganlah terus mengenangkan kisah cinta yang tidak kesampaian. InshaAllah, selepas ini mungkin anda akan bertemu dengan jejaka yang tepat dengan anda dan bahagia bersama.
0 comments:
Post a Comment