Pelakon Azmil Mustapha Dilaporkan Sedang Kritikal

Pelakon Azmil Mustapha Dilaporkan Sedang Kritikal

Pelakon yang popular pada tahun 80 an terutama sekali menerusi filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha dilaporkan sedang kritikal akibat sakit jantung.

Anak beliau, Syamira mengesahkan perkara berkenaan dan memberitahu bapanya kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.
Pagi tadi pengguna media sosial dikejutkan dengan satu status daripada adik Azmil iaitu Aziph Mustapha yang memaklum abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital.

Tambah Aziph lagi, Azmil tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan hayat. Pihak doktor masih lagi belum memberitahu perkembangan terkini abangnya dan masih lagi berusaha untuk merawat beliau.
Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya.

Di hari penuh barakah ini, mari sama-sama kita memohon doa kepada Allah SWT agar Azmil Mustapha lepas daripada tahap kritikal dan semoga beliau dapat sembuh daripada penyakitnya. InshaAllah.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment