GOSIP ARTIS MALAYSIA KECOH! Shaheizy Sam Promosi Apps Terbaru Buat Peminat

GOSIP ARTIS MALAYSIA KECOH! Shaheizy Sam Promosi Apps Terbaru Buat Peminat
Sebelum ini, Shaheizy Sam telah mengumumkan bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Syatilla Melvin pada bulan depan dan pengumuman tersebut telah diadakan di Sunway Putra Hotel baru-baru ini.- PANAS! Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Bakal Disatukan, Dapat Tajaan Yang Mengejutkan Orang Ramai


Yang paling mengejutkan, ketika majlis sidang media tersebut, dikatakan Sam sempat mempromosikan ais krim terbaru darinya. Namun, apabila ditanya perisa apa yang ditawarkan, bakal isteri Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mencelah dan mengatakan itu adalah satu aplikasi permainan telefon bimbit yang terbaru yang dinamakan Sam’s Ice Cream.

Sam 4
Ketika majlis sidang media, Shaheizy Sam sempat mempromosikan aplikasi terbaru: Sam’s Ice Cream

Lebih menarik, aplikasi tersebut menawarkan hadiah istimewa kepada peminat. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play atau Apple Store secara percuma.

Dalam permainan ini, sesiapa yang mara ke pusingan seterusnya bakal menerima hadiah seperti T-shirt dan juga berpeluang untuk makan malam bersama Shaheizy Sam.

Ini adalah projek terbaru Shaheizy Sam dan dia juga mengatakan yang dia sangat meminati aplikasi seperti ini kerana gemar menghabiskan masa dengan aplikasi telefon bimbit dek kesibukan di lokasi pengambaraan. Malah, dia juga didorong oleh ibunya, Kahty Fauziah.

“Soal aplikasi permainan ini, Mummy lebih handal. Kadang-kadang, saya balik lewat malam daripada penggambaran pun, Mummy boleh leka. Dia tak sedar yang anaknya yang seorang ini sudah ada di depan mata.”

Sam 3
Shaheizy Sam bersama Syatilla dan ibunya Khaty Fauziah (tengah).

Bukan itu sahaja, sesiapa yang terawal memuat naik aplikasi Sam’s Ice Cream bakal dijemput ke majlis perkahwinan mereka nanti.

“Mungkin 1,000 atau 2,000 orang terawal memuat naik akan dipilih untuk bersama saya dan bakal isteri pada majlis itu nanti. Perkara ini akan saya maklumkan dari semasa ke semasa di laman sosial.”

Sam 5
Sam’s Ice Cream yang boleh didapati di Apple Store dan Play Store.

Apapun, semoga aplikasi terbaru dari Shaheizy Sam bakal mendapat sambutan yang hangat dari peminat. Bertuah badan kalau dapat makan malam bersama Sam.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment