Pereka Genius Dari Singapura Ini Cipta Tudung Yang Boleh Guna ‘Earphone’!


Pernah tak anda sedar bahawa ramai wanita yang bertudung tidak rasa selesa apabila menggunakan fon telinga atau pun earphone? Memang tak selesa!

Nak kena selit earphone masuk dalam tudung dan ianya merimaskan. Kalau earphone tercabut, mereka perlu masukkan tangan dalam tudung untuk membetulkannya kembali.



Sama seperti doktor wanita bertudung. Mereka perlu lakukan perkara yang sama untuk memakai stethoscope. Ianya adalah perkara yang menyusahkan bagi wanita yang bertudung.

Dicipta oleh Fesyen Stylist dari Singapura



Namun kini, segala masalah tersebut boleh diselesaikan. Seorang Fesyen Stylist genius dari Singapupa iaitu Adlina Anis telah mencipta tudung istimewa yang dipanggil Ninja Echo.



Adlina mendapat ilham untuk mencipta tudung Ninja Echo ini apabila dia sebagai wanita berhijab, sukar untuk memakai earphone dan mendengar muzik.

Ninja Echo masih mengekalkan kesopanan & sesuai untuk bersukan



Ninja Echo mempunyai ruang khas untuk menggunakan earphone dengan selesa dan tidak rasa janggal. Yang paling penting, tudung ciptaanya masih mengekal kesopanan wanita berhijab.

Tudung ini juga sesuai untuk wanita bertudung yang gemar bersukan sambil mendengar muzik.

Bagi Adlina, setiap wanita yang bertudung mampu kelihatan hebat dan diharapkan hijab mesra earphone ini mampu membantu mereka untuk lakukan apa yang mereka suka.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment