Panas! Diyana Dedah Sifat Aaron Aziz Yang Tidak Diketahui Ramai… KANTOI!


 Selamat menyambut hari lahir yang ke-40 tahun diucapkan kepada pelakon popular Aaron Aziz yang menyambut hari lahir nya..

Isteri kepada Aaron Aziz, Diyana Halik dalam pada itu mendedahkan bahawa suaminya itu sememangnya seorang yang sukar menjaga kesihatan diri sendiri.


Keluarga Bahagia Aaron Aziz.


Pengesahan itu telah dibuat sendiri melalui laman Instagram milik Diyana lewat malam tadi menerusi ucapan yang dilihat cukup manis dan tersusun indah sempena ulang tahun hari lahir ke-40 Aaron Aziz, yang jatuh pada hari ini.

“Selamat hari lahir sayang. Kamu sudah menginjak 40 tahun hari ini. Kita bertemu ketika kamu berusia 25 tahun. Kamu masih muda, merendah diri, lucu, bersemangat dan rajin seperti kamu masih 25 tahun. Kamu tidak pernah berubah selama 15 tahun perkenalan kita. Cuma satu benda yang saya mahu tekankan, yang kamu ini selalu gagal menjaga kesihatan diri sendiri.



“Jadi pada hari yang indah ini, saya memanjangkan doa kepada Tuhan supaya kamu terus diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada segala macam penyakit. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan ketenangan dalam setiap apa yang dilakukan, termasuk menjadi muslim yang terbaik hari demi hari.

“Saya sayang kamu selamanya dan untuk 1,000 tahu lagi. Amin. Insya-Allah dan kehidupan kamu sebagai lelaki berusia 40 tahun sudah bermula. Kepada sesiapa yang cakap suami saya sudah tua, tak mengapa kerana bukankah ada pepatah, hidup ini bermula di angka 40. Lagi tua lagi berbisa ‘uols’. Selamat hari lahir dan kamu masih tetap kacak di usia kini,” tulis Diana.


Sebelum ini, Aaron Aziz pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali berikutan sikap dirinya yang kuat bekerja sehingga mengabaikan kesihatan diri. Mungkin berdasarkan pengalaman itulah Diyana ‘mengingatkan’ suaminya supaya lebih menjaga kesihatan sempena hari lahirnya itu.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment