8 Perkara Tentang Perayaan Tahun Baru Cina Yang Ramai Tak Tahu!


Bestnya cuti Tahun Baru Cina. Kepada mereka yang sedang bercuti, kami ucapkan selamat bercuti dan selamat memandu ke mana jua destinasi anda

Walaupun kita digelar Rakyat Malaysia, tapi masih ramai yang tak tahu apa sebenarnya perayaan Tahun Baru Cina.



Kena ambil tahu kerana kita ni hidup dalam negara yang berbilang bangsa, kaum dan adat.

Jadi, kena tahu perkara menarik tentang perayaan Tahun Baru Cina!

1. Tahun Baru Cina tu perayaan apa?





Perayaan Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

2. Tahun 2016 merupakan Tahun Monyet, apa kebaikannya

Orang yang lahir pada tahun Monyet adalah seorang yang bijak, lucu dan mempunyai personaliti yang kuat, bersemangat, yakin dengan diri sendiri, pandai bergaul dan inovatif.

3. Kenapa Tahun Baru Cina perlu bakar mercun?



Malam sebelum bermula tahun baru, mereka akan membakar mercun ditengah malam sebagai simbolik bermula tahun baru dan menghalau puaka dan nasib malang

4. Rumah akan dicuci, segala hutang perlu diselesaikan agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun baru



5. Tahun Baru Cina & Buah Limau? Apa kena mengena?



Setiap kali perayaan Tahun Baru Cina, setiap pasaraya dan dimana-mana saja ada buah limau. Buah limau adalah simbol murah rezeki.

6. Siapa yang dapat angpow? Mesti la yang belum berkahwin je

5-10-Bukti-Kenapa-MELAYU-L


Golongan muda yang masih belum berkahwin sahaja akan menerima angpow bagi melambangkan nasib baik. Sama macam Hari Raya!

7. Perayaan Tahun Baru Cina akan berakhir selepas 15 hari iaitu pada perayaan Chap Goh meh


8. Perayaan terbesar di Malaysia selain Hari Raya Aidilfitri & jalan lengang



Ini paling best! Bukan senang nak tengok jalan dekat Kuala Lumpur lengang dan tak banyak kereta.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment