Pamoga Qu Puteh The Red Warriors Setuju Stadium Cat Warna Pink dan ..



Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) akhirnya membenarkan beberapa pengubahsuaian dilakukan ke atas stadium itu dan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman perlu membuat permohonan melalui saluran yang betul.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi PSK yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung  KAFA Datuk Ismail Md Noor di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Isnin.

Penasihat Kehormat KAFA yang juga pemilik Vida Beauty Sdn Bhd sebelum ini dilaporkan berkata antara syarat penajaan yang dikenakan kepada KAFA termasuk menukar warna stadium, laluan dan tempat khas kepada wanita di stadium itu.

Sementara itu, Annuar berkata KAFA juga bersetuju menukar nama The Red Warriors (TRW) kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors kerana ia hanya nama jolokan sahaja.

“Kita akan hantar surat permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu esok agar ia dapat dimaklumkan kepada juruacara stadium, syarikat televisyen serta radio. Kita tetap pasukan Kelantan, yang berubah hanya nama jolokan sahaja,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment