Perpisahan Adalah Jalan Terbaik – Siti Saleha Akui Sudah Putus Cinta Dengan Jejaka Eropah


Sekitar penghujung tahun 2014, Siti Saleha memberitahu beliau sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka Eropah.

Namun, semua itu tinggal kenangan apabila Siti Saleha akui hubungannya bersama teman lelaki yang berasal daripada Portugal sudah berakhir pada Oktober tahun lepas.
Meskipun sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan hubungan mereka, Siti Saleha akur dengan ketentuan takdir kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
Saya sudah berusaha menyelamatkan hubungan kami tapi nampaknya perpisahan adalah jalan yang terbaik. Nampaknya, kami memang tiada jodoh. Saya terpaksa mengakhiri hubungan yang berlangsung selama setahun itu kerana tiada persefahaman lagi.

Tidak mahu  toleh ke belakang lagi, Siti Saleha enggan mendedahkan lagi butiran tentang punca perpisahan mereka.
Tidak perlulah saya komen lebih-lebih kenapa kami putus kenapa kami putus kerana biarlah ia menjadi cerita peribadi saja. Buat masa ini, kami juga putuskan untuk membawa haluan dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Kalau sudah tiada persefahaman antara satu sama lain, agak sukar untuk mengekalkan hubungan percintaan yang terjalin. Apa tunggu lagi, Siti Saleha dah single tu ..dah boleh la abang-abang masuk borang untuk mengorat bukan? Hehe..
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment