Victoria Beckham Jawab Gosip Rumah Tangga Bermasalah!!!



Jika Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan bahawa Rumah Tangga David Beckham Dan Victoria Retak Menanti Belah namun dakwaan tersebut ditepis oleh bekas anggota Spice Girls iaitu Victoria Beckham menafikan hubungannya dengan suami David Beckham sedang berantakan dan bakal berakhir dengan perpisahan.
Victoria berkata, biarpun mengakui kesibukan kerjaya mengurangkan masa mereka bersama, namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
“Saya dan David tidak perlu membuktikan apa-apa pun tentang hubungan kami, apa yang penting kami saling mencintai dan mengambil berat antara satu sama lain.
“Hubungan kami sangat baik sebagai pasangan suami isteri dan orang tua kepada anak-anak kami,” katanya kepada Grazia.
Victoria Beckham Jawab Gosip Rumah Tangga Bermasalah!
Tambah Victoria, dia sama sekali tidak pernah mengambil peduli dengan khabar angin buruk tentang hubungan mereka.
“Saya tidak pernah mengambil tahu tentang gosip kehidupan peribadi saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami dan anak yang cantik, sihat dan bahagia,” ujarnya.

Biasalah kan bila jadi artis popular ni, semua benda orang duk perhati. Tapi kalau tiada ribut takkan pokok bergoyang bukan? Tapi dah tuan empunya diri dah mengaku hubungan mereka masih elok dan tidak bermasalah jadi, selepas ni tak perlu lagi nak pening-pening atau buat spekulasi sendir

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment