Nelydia Senrose Tempis Dakwaan Bakal Nikah Tahun Ini!



Nelydia Senrose Tempis Dakwaan Bakal Nikah Tahun Ini! | Bercinta bagai nak rak sampai patah rak-rak tapi last-last putus. Itulah rahsia Allah yang kita tidak tahu. Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua di tangan Allah. Begitulah yang terjadi kepada Qi Razali dan Nelydia Senrose.


Setelah terdahulu Nelydia Senrose menjelaskan bahawa beliau tidak pernah kembali kepada bekas kekasihnya, kini Nelydia Senrose juga menafikan bahawa mereka akan berkahwin tahun ini.


Menurut Nelydia Senrose, meskipun hubungan mereka berakhir namun masih berkawan baik.

“Walaupun sudah putus, kami tidak pernah bermusuh. Hubungan kami masih baik dan sesekali kami bercakap soal kerja dan tidak lebih dari itu. Namun, saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan pada masa akan datang,” jelasnya kepada Harian Metro.



“Kalau betul saya nak kahwin dalam masa terdekat ini, sudah tentu sekarang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Sebaliknya saya kini sibuk di lokasi penggambaran,” katanya yang hanya akan berurusan dengan Qi di atas urusan kerja.


Sebelum ini Nelydia pernah menyatakan bahawa punca utama mereka putus cinta adalah kerana masing-masing mahu mengejar cita-cita dan berjaya dalam kerjaya walaupun ketika itu Qi sendiri menyatakan dia sudah bersedia menjadi suami.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment