Yusry KRU, Lisa Surihani Mahu Besarkan Yahaira Leanne Penuh Kesederhanaan


Penyanyi dan pengarah Yusry KRU menjelaskan melalui Instagram bahawa dia dan isteri, Lisa Surihani tidak pernah berniat untuk menyorokkan anak mereka, Yahaira Leanne daripada dilihat umum seperti mana didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk ‘sorokkan anak’ seperti didakwa sesetengah. Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana”

“Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di’pilih’ oleh anak kami ini,” luah Yusry di laman tersebut.

Sementara itu, melalui mStar Online, Yusry menjelaskan dia memuatnaik gambar majlis akikah tersebut kerana ia adalah hari penting dan bermakna buat mereka. Selain itu Yusry juga berharap dengan muatnaik gambar tersebut, tiada pujian melampau mahupun kejian dilemparkan kepada anaknya yang tidak berdosa itu.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment