Hafidz Roshdi Dedah Ceburi Bidang Lakonan Bukan Kerana Populariti??


Pelakon yang kini sedang hangat berlakon dalam drama slot Akasia, Hafidz Roshdi mengakui bahawa dia mula melibatkan diri dalam dunia lakonan bukan kerana mengejar populariti.

Hafidz merupakan salah seorang peserta dalam program Pencarian Hero Remaja 2011/2012. Disebabkan oleh bakat yang ada lengkap dengan pakej wajah yang tampan membuatkan Hafidz berpeluang untuk melibatkan diri dalam dunia lakoanan.

Hafidz 1

Malah, Hafidz mula berlakon dalam drama Baby Ana Milik Siapa siaran TV3 yang memegang watak sebagai pembantu telah melonjakkan namanya sekaligus dia mendapat tawaran yang tidak putus-putus dari pengarah drama.

Antara drama lakonan beliau ialah Solihin yang bersiaran di TV2, Telemovie Hajah Heathrow (TV9), Pengancam Perkahwinan (Astro Ria) dan Kau, Aku, Kita (TV3).

Hafidz 2

Bahkan, Hafidz menegaskan bahawa dia ceburi bidang lakoanan adalah kerana minat yang mendalam dan bukan sekadar mengejar glamor.

“Saya juga percaya soal glamor dan populariti akan datang seiringan dengan bakat. Sebab itu, saya tidak kisah jika nama lambat menyerlah berbanding rakan seperjuangan lain iaitu pelakon meningkat naik, Syarul Ridzwan dan Fattah Amin yang terlebih dulu mencipta nama dalam bidang lakonan.”

Yang terbaru, Hafidz kini muncul sebagai hero dalam drama terbaru siaran TV3, Tundukkan Playboy Itu yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam. Berlakon di samping Uqasha Senrose memberikannya sebagai satu pengalaman baru buatnya.



Hafidz 4

“Saya anggap peluang berlakon dalam drama ini sebagai rezeki dalam bidang lakonan. Saya juga tertarik dengan watak Harraz Naufal yang juga hero dalam drama bersiri ini kerana ia memiliki cabaran tersendiri.”

“Harraz, anak orang kaya yang suka berfoya-foya, playboy dan melihat wanita sebagai barang mainan. Namun, kehadiran Nurin Arissan lakonan Uqasha telah membuka pintu hatinya. Pada masa sama, Harraz juga terpikat dengan seorang wanita misteri dan model yang mengenakan purdah.”

Walaupun Hafidz baru sahaja setahun berada dalam industri seni ini, namun dia akan berusaha untuk memberikan lakonan yang terbaik buat para peminatnya.

Hafidz 3

Apapun, semoga kerjaya seni Hafidz makin berkembang dan dia berjaya tunjukkan kepada dunia bahawa dia adalah pelakon yang berbakat.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment