APA SUDAH JADI!!??..ALLAHUAKBAR !!!! KERANA ANGKARA MAT REMPIT...PEGAWAI TRAFIK WANITA MENINGGAL DUNIA...


KLUANG: Seorang pegawai penguat kuasa trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang
meninggal dunia selepas dirempuh mat rempit dalam 0ps R0da/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini awal pagi tadi.

Beliau meninggal pada 12.45 tengah hari di H0spital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini. Mangsa sebelum ini dilap0r berada dalam keadaan kritikal di hospital. Ketua Polis Johor, ATUK RUSLI AHMAD, berkata jenazah Inspekt0r Margaret Tagum anak G0en, 32, telah dituntut suaminya, Leon anak Bahak, 37, untuk disemadi di Bau, Sarawak. Ketika kejadian 2.40 pagi itu, Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 angg0ta trafik dan pasukan sukarelawan p0lis. Seorang daripada sekumpulan Mat Rempit yang datang dari arah Mersing menuju bandar Kluang telah merempuh pegawai itu ketika mereka cuba mel0l0skan diri dari sekatan itu.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman. Rusli yang diiringi Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham turut melawat mendiang di h0spital. Beliau berkata, penunggang yang berumur 17 tahun itu dapat ditahan selepas dia terjatuh dari motosikalnya manakala enam rakannya yang melarikan diri turut ditahan kemudian.

Katanya, semua mereka yang berumur antara 14 hingga 20 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen dan dipercayai sedang berlumba ketika kejadian. Menurut Rusli, semua mereka kini direman selama empat hari. Sementara itu Leon yang juga anggota tentera di Kem Mahkota di sini merasa terkilan kerana isterinya dilanggar ketika menjalankan tugas. Mereka mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lepas.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment