Ratu Columbia trauma insiden Ratu Universe 2015
Ratu cantik Columbia, Ariadna Gutierrez, 22, yang tersilap dinobat sebagai Miss Universe meluahkan perasaan mengenai situasi beliau dimalukan di atas pentas dan dipaksa menyerahkan mahkota yang diterima kepada ratu cantik Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.
Ariadna membuka suara hatinya dengan penuh kecewa menyatakan pengacara majlis melakukan kesilapan memilih pemenang yang salah.
‘Insiden kesilapan itu akan terus kekal dalam rakaman video majlis gemilang itu, bahawa Columbia adalah Ratu Universe.
"Sayapun masih menganggap sedemikian meskipun kegembiraan itu hanya bertahan selama tiga hingga empat minit sahaja," keluhnya dalam satu temubual Radio W media Colombia.
Ariadna menyifatkan insiden yang menimpa dirinya sebagai zalim dan sangat memalukan dirinya serta warga Amerika Latin di Auditorium berlangsungnya majlis tersebut.
"Saya telah perlakukan begitu, saya belum menerima sebarang panggilan telefon, hanya beberapa orang telah dapat menghubungi saya kerana saya sedih dengan kejadian malam itu.
"Ia sangat sukar untuk diterima. saya sentiasa bermimpi menjadi Ratu Universe untuk memberikan terbaik kepada keluarga dan warga Columbia, tetapi dengan apa yang berlaku, saya perlu meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.
Dua minggu lepas dunia telah menyaksikan Ratu Columbia Gutierrez berdiri di atas pentas di Miami untuk dinobatkan sebagai Ratu Universe.
Tetapi empat minit kemudian senyuman itu bertukar terkejut dan sedih apabila pengacara majlis iaitu pelawak Amerika Syarikat, Steve harvey mengaku dia mengumumkan pemenang yang salah.
"Saya memohon maaf, Naib Juara acara ialah Columbia," katanya dengan perasaan malu dan serba salah.
Kemudian Harvey mengumumkan,"Miss Universe 2015 ialah Ratu Filipina" sebelum bekas Ratu Universe Paulina Vega menanggalkan mahkota dari kepala Gutierrez dan dipakaikan kepada Ratu Filipina. - Agensi
0 comments:
Post a Comment