Walaupun sudah lama penyanyi Aisyah Aziz mewarnakan rambutnya dan menjelaskan beliau cuma ingin mencuba sesuatu yang baharu, namun masih ada pihak yang mengkritik beliau sehinggakan ada yang melabelkan beliau sebagai kafir.
Pada saya tindakan individu berkenaan melabel saya sebagai kafir gara-gara warna rambut saya adalah perbuatan melampau dan siapa dia untuk berkata demikian? Kata-kata itu pula dibuat secara terbuka dan sekiranya saya hina dimatanya, apa bezanya dia dengan saya.
Aisyah menjawab kritikan tersebut kerana bukan sahaja merasa terkilan tetapi merasakan tuduhan sebegitu agak melampau kerana ia melibatkan hal agama.
Buat Aisyah, ada pelbagai cara yang lebih elok untuk menegur seseorang.
Saya memberitahunya bahawa saya ada kenalan yang mempunyai tatu di badannya namun hatinya lebih mulia daripada dirinya. Pada saya perkara melibatkan agama jangan cakap begitu kerana ia tuduhan yang berat dan ada caranya jika hendak menegur sesuatu perkara.
Saya bukannya tidak boleh terima nasihat tetapi biarlah dengan cara betul. Saya hormat dengan peminat yang mesej saya secara peribadi untuk nasihat dan saya terima malah membalas kembali.
Dunia artis memang sebegitu, bukan semua orang akan memuja dan akan ada pihak yang akan mengkritik serta mencari kesalahan seseorang artis. Untuk itu Aisyah kena lebih kuat dalam menghadapi cabaran sebegini, tidak perlu terlalu memikirkan kata-kata negatif.
0 comments:
Post a Comment