"Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya," katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya tidur sebelum kemaluannya dipotong.
Katanya, dia bercadang menceraikan isteri keduanya itu yang dikahwini sejak dua tahun lalu apabila dia sihat nanti.
"Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.
"Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya," katanya yang mempunyai tiga anak dengan isteri pertama.
Katanya, dia mengahwini isteri keduanya selepas berkenalan ketika berniaga kain di sekitar bandar Jempol.
“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.
“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa, kehidupan berumah tangga yang dilaluinya hanya indah selama dua bulan sebelum rumah tangga mereka bermasalah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 15 jam.
"Dia menjalani pembedahan selama 15 jam dan keadaannya stabil. Saya difahamkan oleh pihak hospital (kemaluannya) berjaya disambung.
“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kita akan lengkapkan siasatan untuk pendakwaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam.
0 comments:
Post a Comment