Bukan nya nak menunjuk-nunjuk, Hanya Berkongsi Aktiviti Di Media Sosial – Che Ta

Anak Bukan Menunjuk-nunjuk, Hanya Berkongsi Aktiviti Di Media Sosial....
Produk keluaran Rozita Che Wan atau Che Ta mendapat sambutan hangat dari pengguna media sosial. Khabarnya hanya dengan berniaga Che Ta mampu meraih pendapatan berjumlah RM 200,000 sebulan.
Kejayaan Che Ta ini membolehkan Che Ta membelikan hadiah-hadian mewah buat dua orang anak lelakinya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Baru-baru ini kapsyen yang ditulis oeh Ammar di Instagram mengenai membeli-belah di London telah menjadi viral kerana Netizen menganggap Ammar menunjuk-nunjuk.
Ammar menulis dalam bahasa Inggeris. ‘siapa saja yang mengatakan wang tidak boleh membeli kebahagiaan sebenarnya tidak tahu di mana hendak membeli-belah’. Ramai mengecam Ammar dan menyifatkan remaja itu seorang yang ‘poyo’ dengan menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial.
 Che Ta tetap mempertahankan anak-anaknya dari ‘serangan’ Netizen.
Duit  saya, biarlah anak-anak saya rasa bahagian mereka. Awak nak dengki kenapa?
Sejak menceburkan diri dalam lapangan ini, memang niat saya untuk kumpul duit atau harta banyak-banyak demi masa depan yang lebih terjamin. Jadi, semestinya saya perlu berusaha, kerja rajin-rajin, barulah dapat penuhi keinginan saya itu.
Dan pada tahap ini apabila semua itu dah dicapai, sudah pasti mereka sebagai anak-anak saya ada bahagian yang boleh mereka rasai, nikmati. Takkanlah saya nak bolot untuk diri sendiri


Tambah Che Ta lagi, mereka bukan menunjuk-nunjuk kemewahan yang dikecapi, cuma menjadi remaja sama seperti rakan sebaya mereka memuat naik aktiviti yang sedang dilakukan ke laman sosial.
Yang penting mereka tidak hipokrit. Mereka menunjukkan aktiviti yang sedang dilakukan untuk dikongsi di laman Instagram. Budak-budak lain pun sama seperti mereka, akan memuat naik apa sahaja yang ingin dikongsi. Riak atau tidak, bukan kerja manusia untuk menghukum kami.
Che Ta juga menambah dia hanya membelikan hadiah mewah kepada anak-anaknya sekiranya mereka mempunyai pencapaian yang membanggakan sebagai ganjaran untuk terus mencapai kajayaan dalam pelajaran.
Saya percaya, ibu bapa lain pun buat cara yang sama. Jadi, tidak timbul sebarang isu saya terlalu memanjakan mereka.
Sebenarnya kapsyen yang dimuat naik oleh Ammar ialah salah satu dialog yang dituturkan oleh watak Blair Waldorf dalam rancangan televisyen Hollywood ‘Gossip Girl’. Mungkin juga dia hanya ingin berkongsi aktiviti dengan pengikutnya di Instagram seperti kata Che Ta. Ramai muda-mudi masa kini melakukan perkara yang sama.
Che Ta turut memberitahu bahawa anak-anaknya itu membantu menguruskan perniagaan baju-baju terpakai Che Ta di akaun Instagram Preloved by RCW. Ammar dan Aniq ialah anak dari perkahwinan pertama Che Ta yang juga mempunyai anak perempuan, Aisyaah Dhia Rana dari perkahwinan terbaru dengan Zain Saidin.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment