MESTI BACA! Nasihat AC Mizal Untuk Peserta MLM


Pengacara, pelakon dan penyanyi AC Mizal memberitahu penglibatannya sebagai pengacara di dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) termasuk kali ini adalah sebagai kali yang kelima.

“Saya bertahan kerana tidak pernah bosan dengan MLM sebab saya anggap MLM sebagai ‘world cup’ bagi barisan pelawak di Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya lagi,

“Komedi bukan senang nak buat. Oleh itu, saya akan cuba bantu setiap peserta setiap minggu. Saya sudah anggap seperti adik beradik,” katanya.


Bercerita mengenai MLM, AC memberitahu MLM ada kekuatan tersendiri yang membuatkan artis-artis ada fan club masing-msing. Sebab itulah AC seronok dengan MLM.

Bagimanapun, AC ada nasihat untuk peserta MLM.

“Memang ada tekanan dan jangan ambil mudah. Perlu idea baru,” pesan AC.

MLM akan mula bersiaran pada 29 Januari, 10 malam pada setiap Jumaat.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment