Pelajar Cantik Nor Artikah Mangsa Kebakaran Moscow Banyak Bicara Mengenai Syurga!!

Pelajar Cantik Nor Artikah Mangsa Kebakaran Moscow Banyak Bicara Mengenai Syurga!

nur atikah alias
Nur Artikah yang menjadi mangsa kebakaran asrama di Moscow 22 April lalu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jeram Linang 10 Mei lepas. Rata-rata melahirkan simpati dan terkilan dengan kehilangan gadis tersebut memandangkan beliau merupakan seorang yang sangat disenangi teman-teman dan merupakan baik akhlaknya. Berita ‘Pelajar Cantik Nor Artikah Alias Mangsa Kebakaran Moscow Meninggal Dunia‘ membuatkan Malaysia cukup terkesan dengan kehilangan pelajar harapan negara kerana arwah Nor Artikah adalah penuntut tahun akhir Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU) yang bakal berbakti kepada negara.

kematian nur artikah
kematian nur artikah

Kematian tersebut cukup dirasai oleh tunangnya sendiri malah baru-baru ini ‘Tunang Nor Artikah Alias Mangsa Kebakaran Moscow Luah Kesedihan‘ yang berbunyi:

“Saya gembira dengan husnul khatimah awak. Cuma kadang-kadang bergenang sebab terasa kehilangan awak,”

“Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku. Saya doa kita dapat jumpa semula di syurga nanti. Insya-Allah. Syurga itu mahal. Berjuang!,”

Luahan sayu dari tunangnya membuatkan kita semua terasa akan kehilangan Nor Artikah Alias. Ibunya Najiha juga berkata arwah Nor Artikah Alias sebelum ini banyak berbicara soal syurga.

nur atikah

“Arwah bersemangat kental dengan tabah dan sabar menghadapi musibah yang ditanggungnya. Sepanjang berada di sisinya, arwah banyak bertanya khabar tentang sanak-saudara di kampung selain banyak bercakap tentang keindahan syurga.
nur atikah

“Saya reda dengan suratan takdir dan pemergiannya. Dia adalah seorang anak yang solehah, berbudi pekerti mulia dan bersikap penya­yang,”

Apa yang boleh dipuji sifat Nor Artikah Alias meletakkan syarat perkhidmatan dandanan kerana tidak mahu menggunakan sentuhan pendandan lelaki untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung. Namun ianya hanya tinggal kenangan dan sifatnya yang indah budi pekerti menjadi ingatan saudara maranya. Kehilangannya cukup dirasai memandangkan beliau anak yang baik dan merupakan anak emas negara. Sama -sama lah kita berdoa agar Nor Artikah Alias ditempatkan disyurga. Amin
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment