PENGAJARAN…!!! ENGKO ‘BAYAR 10 KALI GANDA BARU KAMI LEPASKAN KAMU’,


Seorang wanita didapati mencuri beberapa barangan dapur di sebuah pasar raya yang tidak didedahkan namanya.
Video berdurasi 1 minit 55 saat itu menunjukkan wanita terbabit mencuri sepaket sayur bayam, dua ekor ikan merah, dua tin sardin dan dua buah jeruk. Kalau dilihat pada perbuatan wanita ini seperti dia mencuri untuk makan sahaja tidak seperti mencuri dengan cara merasuah.
Wanita itu berjaya ditangkap kemudian diarahkan membayar gantirugi sebanyak 10 kali ganda jika dia mahu dibebaskan. Jika enggan berbuat demikian, mereka akan menyerahnya kepada pihak polis.
Menurut lelaki kedua dalam video tersebut, wanita itu sudah kerap datang dan menjalankan kegiatan mencuri itu, namun baru kali ini mereka berjaya menangkapnya.
Bagaimanapun di media sosial pula berlainan nadanya apabila netizen melahirkan rasa simpati terhadap wanita itu.
“Macam mana dia nak bayar 10 kali ganda sedangkan dia tak ada duit dan mencuri? Kesian dia, anak di rumah kelaparan nak makan. Ibu pula tiada pekerjaan.
“Dia curi sayur, sardin yang mungkin dijadikan lauk untuk dijamahnya bersama anak-anak. Harap pihak berkuasa pantau dan bantu rakyat miskin,” kata netizen yang juga turut mengkritik tindakan dua lelaki itu yang sepatutnya membantu wanita berkenaan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment