Tahniah!! Adi Putra sahkan Mira Filzah miliknya?! Mira Filzah langsungkan 'majlis perkahwinan' pada Jun 2016?


Adi Putra yang sebelum ini pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan isteri orang. Walau bagaimanpun, Adi Putra menegaskan bahawa itu hanyalah fitnah semata-mata.

Adi Putra yang menjadi teraju utama drama Cinta Si Wedding Planner yang meletooop baru-baru ini telah digadingkan bersama pasangan pelakon wanita uyang kian meningkat naik, Mira Filzah.

Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim yang juga merupakan pemilik agensi mengelola umrah, Hadid Travel & Tours enggan untuk mengaplikasikan kaedah tersebut.

Bahkan, pelakon berusia 35 tahun itu lebih selesa menggunakan cara yang sama seperti agensi umrah lain iaitu melantik duta daripada kalangan selebriti.



Tidak cukup satu, sebaliknya Adi melantik dua selebriti yang masih muda iaitu pendatang baharu, Mira Filzah dan Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi menjadi duta syarikatnya itu.

“Sasaran utama saya adalah untuk mendekati generasi muda, jadi saya merasakan pelantikan dua personaliti ini dilihat amat bersesuaian.

“Mira Filzah memberi contoh sebagai selebriti Muslimah yang memiliki penampilan yang baik manakala Hizbur Rahman pula dilihat sebagai ustaz muda yang boleh berkongsi ilmu dengan jemaah nanti.

“Malah, pelantikan mereka juga tidak termaktub pada tarikh tertentu kerana bagi saya ibadah mesti diteruskan sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program Umrah Bersama Selebriti, baru-baru ini.

“Insya-ALLAH, rombongan saya akan pergi ke Mekah terlebih dahulu bermula 4 hingga 14 April ini.

“Selepas itu, umrah bersama Roslan Shah (12 hingga 23 April), AG Kool FM (21 April hingga 2 Mei), Hizbur Rahman (12 hingga 23 Mei), Mira Filzah (4 hingga 14 Jun) dan Maulana Noor Effendi (16 hingga 27 Jun) pula akan menyusul,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Balistik ini akan berada di Mekah selama tiga bulan sehingga Ramadan nanti.

Malah, bagi melancarkan perjalanan tersebut, Adi turut menjalinkan kerjasama dengan agensi pengelola umrah yang lain iaitu Fa Izin International Travel & Tours.



p/s : sebenarnya tajuk artikel ini hanya untuk menerangkan bagaimana perasaan penulis ketika mula-mula membaca artikel ini di mediahiburan. Terkejut betul penulis!!Apa pun alhamdulillah semoga perniagaan Adi Putra bertambah cemerlang disamping membantu umat Islam menunaikan umrah.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment