Inilah Puncanya Dato Terlajak Laris Tak Mahu “Gedik dan Gelenyar” Lagi ??!!


Fenomena gimik iklan “Terlajak Laris” yang diketengahkan pengasas syarikat kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mungkin menjengkelkan sesetengah pihak, tetapi baginya itu hanya langkah promosi. Aliff mahu tampil dengan kelainan dan tidak lagi mahu menggunakan kaedah sama demi memperbaharui jenamanya dalam ingatan umum.



Alasannya, kerana faktor usia yang semakin meningkat.
“Dari segi perniagaan, saya tidak lagi mahu tampil dengan gimik seperti dahulu kerana umur yang hampir mencecah 30-an.

“Sebaliknya, saya mahu tampil dengan gaya macho dan berpakaian korporat,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada awalnya, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu mengakui, gimik dilakukan menimbulkan keseronokan, tetapi lama kelamaan, ia mengundang malu. Bagi Aliff, sebagai seorang yang sudah beristeri dan mempunyai anak gimik seperti itu dianggap tidak sesuai.
Menurutnya, jika sebelum ini dia kelihatan seperti kanak-kanak, “gedik dan gelenyar” di hadapan kaca televisyen, semuanya dilakukan kerana bersebab.

“Sebenarnya di sebalik aksi seperti itu, saya sering memikirkan untuk melancarkan strategi baru di pasaran.

“Saya mahu nama produk saya menjadi gah di liga perniagaan.

“Saya tidak mahu hanya nampak seperti tin kosong, banyak cakap tetapi tidak laku,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment