Che Ta Dedah Aaisyah Dhia Rana Popular Di Mekah??Ramai pihak menghentam,...


Ketika ramai pihak menghentam dengan tindakan Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berpurdah dan berpakaian jubah ketika di lapangan terbang namun yang lebih mencuri perhatian orang ramai adalah anak perempuannya yang comel, Aaisyah Dhia Rana yang turut serta menunaikan umrah.

Che Ta 1

Apabila Che Ta berkongsi gambar Aaisyah yang tampil berjubah dan bertudung di laman Instagramnya tentu pasti ramai yang jatuh hati dengan kecomelannya. Malah, Aaisyah sangat bertuah kerana dapat turut serta bersama keluarga untuk menunaikan umrah di Mekah.

Malah, kelihatan kulit Aaisyah yang cerah itu tampak kemerahan dek cuaca panas di Mekah. Namun, menurut Che Ta, anak peremuan kesayangannya itu menjadi perhatian orang ramai di Mekah apabila ada jemaah yang ingin bergambar dengan Aaisyah.
Che Ta 3

“Jika diikutkan, Zain memang tidak membenarkan saya membawa Aaisyah ke sana. Bagaimanapun, ketika tiba di lapangan terbang, baru saya putuskan untuk membawa Aaisyah sekali kerana tidak sampai hati hendak meninggalkannya di Malaysia.”
“Mujur beg pakaiannya sudah siap dikemas kerana asalnya memang kami hendak menghantar Aaisyah ke rumah ibu Zain. Rezeki dia untuk mengerjakan umrah juga. Alhamdulillah.”
Che Ta 2

Selain Aaisyah, kedua orang anak lelaki Che Ta turut bersama-sama menunaikan umrah, namun Zain tidak dapat ikut bersama kerana terikat dengan komitmen kerja.

Che Ta 4

Apapun, semoga ibadah umrah Che Ta dan keluarga berjalan lancar.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment