Resepi Mee UDANG Super Powerrr!!


Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

(*)Dua biji tomato(dikisar)

(*)Sebiji kentang (dilenyek bagi memekatkan kuahnya nanti)

(*)2 ulas bawang putih (dimayang halus)

(*)3 biji bawang merah (dimayang halus)

(*)2 batang daun bawang(dipotong-potong)

(*)Sepeket mee kuning

(*)10 ekor udang ukuran besar

(*)3 sudu besar sos tomato

(*)1 sudu besar gula pasir

(*)3 sudu besar cili kisar

(*)1 sudu besar kicap pekat

(*)1 sudu besar sos tiram

(*)Dua biji telur ayam

(*)3 keping tauhu goreng (dipotong nipis)

(*)2 keping fish cake (dipotong nipis)

(*)Sedikit taugeh dan sayur sawi

(*)Sedikit bawang goreng


Cara Membuatnya ialah:

(*)1.Kisar tomato dengan sedikit air. Ketepikan.

(*)2.Rebus telur hingga masak dan belah dua. Ketepikan.

(*)3. Didihkan air, celur mee kuning , sawi dan taugeh. Angkat, siram dengan air sejuk dan toskan. Ketepikan.

(*)4.Tumis bawang putih dan merah yang telah dimayang halus.

(*)5.Kemudian masukkan cili kisar sehingga garing dan naik bau.

(*)6. Masukkan tomato yang telah dikisar,sos tamoto, gula,kicap pekat dan sos tiram. Kacau higga sebati.

(*)7.Kacau dan masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan kentang yang sudah dilenyekkan tadi bersama fish cake dan tahu goreng. Lagi lama kuah ini direnehkan ia akan jadi lebih sedap.

(*)8. Setelah itu kuah sudah cukup rasanya, masukkan udang. Biarkan seketika.

(*)9. Apabila sudah siap anda boleh tuang kuah tersebut ke atas mee , taugeh dan sawi yang sudah dicelur tadi.

(*)10. Sebagai penyeri tambahan, tabur daun bawang dan bawang goreng serta letakkan telur rebus.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment