Lara Alana Bakal Ada Program Realiti TV Sendiri??
Sebelum ini, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya telah menjadi contoh kepada ibu bapa lain apabila mereka telah membesarkan anak mereka yang comel, Lara Alana yang kini memasuki umur satu tahun tujuh bulan dengan baik sekali. Bahkan, Awal Ashaari Teruja Jadi Rujukan Ibu Bapa Besarkan Anak.
Awal Ashaari 2
Kemunculan Lara Alana pada malam Anugerah MeleTop Era 2016 baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai. Disebabkan Awal dan Scha sering berkongsi tentang perkembangan Lara di laman sosial, ada pihak yang menawarkan tentang satu program yang berkonsep keibubapaan.
“Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program berkonsep ke-ibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan.”
“Bukan mahu melabel kami sebagai ibu bapa yang terbaik, namun diberi peluang untuk berkongsi cara kami membesarkan Lara Alana, tentunya ini adalah satu kegembiraan. Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi dan menyumbang kepada mereka yang sentiasa mahu tahu bagaimana kehidupan kami sekeluarga.”
Awal Ashaari 1
Menurut Awal, mereka tidak putus-putus menerima pertanyaan dari orang ramai melalui emel bertanyakan tentang bagaimana mereka membesarkan Lara. Oleh itu, Awal dah Scha telah membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut.
“Melalui e-mel kami berdua sering ditanya soalan-soalan berkaitan anak, contohnya bagaimana kami sekeluarga bercuti ke luar negara dan apa makanan yang diberi kepada anak.”
“Jadi saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa.”
Apapun, rasanya pasti ramai yang menantikan kemunculan Lara Alana dalam program tersebut. Sama-sama kita nantikan. :)
0 comments:
Post a Comment