FUUUHHHHH!!!..10 Artis Malaysia Ayu Berhijab Wajar Dijadikan Ikon (Gambar)


Selebriti Malaysia kini telah ramai yang berhijrah, terutamanya dari segi penampilan. Pasti ramai yang terkejut kerana artis yang sebelum ini di katakan terlalu sosial dan tidak bertudung kini berimej bertudung. Alhamdulillah suka melihat perubahan yang di lakukan oleh artis pujaan Malaysia iaitu Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Abby Abadi, Azza Elite, Heliza Helmi, Fiza Elite, Puteri Sarah Liyana, Diana Amir, Memey Suhaiza, Felixia Yeap, Raja Farah dan ramai lagi artis yang kini bertudung.

MENARIK! 10 Artis Malaysia Bertudung Cantik Dan Comel

Artis yang di pilih ini berdasarkan penampilan terkini yang betul-betul menutup aurat. Bukan hanya bertudung tapi berpakaian ketat, itu merupakan fesyen semata-mata. Sejuk mata yang memandang kerana dari melihat mereka perasaan turut sama untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semoga mereka semua kekal istiqamah dalam menjaga aurat, pasti mereka semua menjadi ikon fesyen untuk kita semua. Insyaallah.

Pasti ramai yang mengenali gadis bermata bulat ini kan? Gadis yang berasal dari pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi, menari dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Sekarang namanya makin dikenali kerana aktif dalam aktiviti sosiAL


Azza Elite merupakan sahabat baik Abby Abadi, suka dengan sikapnya yang lemah lembut dan sentiasa tersenyum melayan peminatnya. Siapa sangka Azza yang dahulunya seksi kini berimej sopan, malah beliau dikatakan bahagia dengan suaminya sekarang. Meskipun begitu penulis ucapkan TAKZIAH! Azza (Elite) Keguguran Kali Keempat baru-baru ini.



Sejuk rasa hati tengok keluarga bahagia Irma Hasmie Ibrahim (Irma) dan suami, Redza Shah Azmeer Radzuan. Irma antara artis yang telah berhijrah dari kisah lampaunya yang mungkin baginya penuh dengan onak duri dan cubaan dalam menjadi seorang hamba Allah yang sempurna.



Puteri Sarah Liyana yang mempunyai kecantikan semulajadi kini bahagia bersama suami tercinta iaitu Syamsul Yusof. Beliau yang dahulunya terlalu sosial kini kembali berhijrah sebelum berkahwin, sangat cantik!. Mempunyai kecantikan asli, bertubuh tinggi ramping membuatkan ramai lelaki jatuh hati dengannya. Syukur beliau kini menutup aurat sepenuhnya dan sekarang aktif dalam perniagaan busana muslimah.



Yatt Hamzah yang kini berpenampilan muslimah lebih suka berdakwah dengan menjual pakai muslimah yang menutup aurat. Beliau kini sibuk menjadi pengacara dan menguruskan jualan pakaian muslimah atau suci by Yatt Hamzah. Alhamdulillah, dengan adanya golongan artis seperti ini mampu mengajak selebriti yang lain turut berubah.



Wanita kalau bertudung memang akan lebih terserlah kecantikannya. Sememangnya Fiza Elite lebih cantik bertudung berbanding ketika zaman seksinya dulu. Jutaan tahniah kepada Fiza atas perubahan ini. Alhamdulillah.


Semenjak berkahwin Diana Amir nampaknya semakin berseri-seri. Suka penampilan beliau sekarang yang betul-betul menutup aurat. Ditambah pula dengan kehadiran Khaulah Al Azwar Penyeri Rumah Tangga Diana Amir Dan Suami melengkapkan lagi kehidupannya kini.



Semenjak bertudung makin cantik nampaknya Memey Suhaiza, dah la aktif menjadi duta produk. Mungkin sebab itu beliau semakin cantik berseri. – (Gambar) Gelagat Comel Anak Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Memey Suhaiza

Walaupun Abby Abadi banyak mencetuskan kontroversi lebih-lebih lagi tentang masalah rumahtangganya namun peminatnya tetap menyokong perjuangan dalam terus berhijrah. Kini beliau sedang menikmati kebahagiaan hidupnya bersama suami barunya Jai.


Felixia Yeap yang banyak mencetuskan kontroversi yang dahulunya merupakan model majalah Playboy telah memeluk agama Islam. Namun kini kembali menyepi selepas Tahniah! Felixia Yeap Sah Bergelar Isteri.

Alhamdulillah, suka melihat mereka semua. Pasti ramai yang menjadikannya idola kan, ikon fesyen muslimah pun boleh? :)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment