Faye Kusairi Bukan Sebab Kami Berpisah-Bekas Suami Elly Mazlin
Sebelum ini bertiup kencang gosip yang mengatakan pelakon Faye Kusairi menjadi punca rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta musnah. Faye juga didakwa menjalinkan hubungan percintaan bersama Azmi dibelakang Elly.
Mendengar berita itu, Faye sudah tampil memberikan penjelasan bahawa beliau tidak kena mengena dengan pasangan itu.
Terbaru, Azmi juga menegaskan Faye tiada kena mengena dalam hal penceraiannya dan segala tuduhan yang melibatkan beliau bersama Faye adalah tidak benar sama sekali.
"Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami".
Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly. Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir.
Azmi pada masa yang sama memberitahu keputusan mereka untuk berpisah dibuat setelah mendapat beberapa nasihat, jodoh mereka tidak panjang dan akhirnyatalak dijatuhkan, dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober 2015.
Belum sampai setahun berkahwin, Azmi akui hatinya agak berat untuk melepaskan Elly apatah lagi pada waktu itu beliau sedang hamil anak mereka yang pertama.
"Secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah dan saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah, tempoh edah yang ditetapkan bagi wanita hamil ialah hingga dia selamat bersalin.
Dalam tempoh edah itu saya masih menjalankan tanggunjawab untuk menjaga dia dan kandungan dengan baik.
Saya ralat, begitu juga keluarga saya kerana tidak sempat pun sambut ulang tahun perkahwinan lagi kami sudah berpisah.
Saya juga terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar."
Kalau takdir sudah menentukan tiada jodoh antara Azmi dan Elly, maka tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Jaga amanah Allah SWT yang diberikan kepada kalian dengan baik.
Sumber:BeautifulNara
0 comments:
Post a Comment