RM30 Juta Untuk Pasukan Bola Sepak Kedah



Kedah menerima suntikan moral apabila D'Herbs Holdings Sdn Bhd setuju menyuntik RM30 juta untuk tiga tahun bagi memperkasakan sukan bola sepak negeri.



Pengarah Urusannya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, berkata pihaknya kini hanya menunggu keputusan dan persetujuan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Menurutnya, penajaan bertujuan pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi selain melakukan penambahbaikan pada Stadium Darul Aman untuk menaikkan imej.

"Penajaan berkenaan diharap digunakan untuk pengurusan pasukan Kedah, membangunkan sukan bola sepak di peringkat akar, selain menaiktaraf kemudahan di stadium (Darul Aman) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan Lig Super antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang terikat 1-1, malam tadi.

Menurutnya, beliau berharap penajaan mampu memberi semangat kepada pemain Kedah untuk memberi aksi terbaik dalam Liga Malaysia dengan menjadi pasukan berpengaruh di negara ini.

Katanya, ini kerana Kedah memiliki pemain muda dan berbakat di mana mereka mampu menjadi pemain hebat pada masa depan jika memiliki pengurusan yang baik.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment