Lelaki Raba Punggung Pelanggan Stesen Minyak!!!



Seorang lelaki dipercayai ‘gila se ks’ bertindak meraba punggung seorang pelanggan sebuah stesen minyak di Bandar Permaisuri, Setiu, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, tindakan biadab suspek berusia 49 tahun itu bagaimanapun memakan diri apabila ditahan polis tidak sampai 15 minit selepas melakukan perbuatan tersebut.
                     


                                                           Gambar hiasan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian berlaku apabila suspek yang berasal dari Marang, dikatakan menghampiri seorang wanita, 23, yang ketika itu sedang mengisi minyak di premis terbabit.

“Sejurus mendekati mangsa, suspek dikatakan secara tiba-tiba mengambil kesempatan meraba punggung wanita berkenaan yang ketika itu hendak masuk ke dalam keretanya selepas mengisi minyak.

“Terkejut dengan perbuatan biadab lelaki tidak dikenali itu, mangsa cuba menegurnya dengan cara baik, namun sebaliknya berlaku apabila mangsa dimaki hamun semula oleh suspek,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, dalam situasi yang agak tegang itu, rakan mangsa yang turut berada di dalam kenderaan berkenaan keluar untuk mengawal keadaan, namun turut menjadi mangsa makian lelaki berkenaan.

“Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila sekumpulan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu yang secara kebetulan singgah di lokasi itu, sebelum bertindak menahan suspek dan dibawa ke Balai Permaisuri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber : SH
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment