Mira Filzah Ada Kekasih ????



Melalui ruangan Cik Pang di Metro Ahad, Mira Filzah telah mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai kekasih hati lagi. Malah melalui sumber itu juga menyatakan Mira tidak pernah terfikir mengenai perkara tersebut ketika ini.

                                       



“Cik Pang terkejut apabila seorang teman sekerja berkongsi cerita itu. Katanya, dia juga pelik apabila Mira menegaskan yang dia memang tidak punya teman lelaki. Terang Mira jujur, sewaktu zaman di universiti memang dia ada berkawan rapat dengan seorang lelaki tetapi apabila temannya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka tidak lagi berhubungan”

“Apabila teman Cik Pang tanya, tidakkah dia berasa sunyi apabila tidak mempunyai teman lelaki sedangkan rakan sebaya semuanya sudah berpunya? Atau kemungkinan kerana pernah dikecewakan sebelum ini, menyebabkan Mira lebih berhati-hati dalam menerima cinta daripada lelaki?,” antara celoteh Cik Pang di ruanganny itu.

Persoalan itu dijawab oleh Mira. Katanya, ketika ini soal sunyi tidak menjadi masalah kerana jadual kerjanya sekarang terlalu padat hingga dia tidak punya ruang untuk memikirkan soal kekasih hati mahupun cinta.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment