Benjy dibebaskan, rakan diperintah bela diri!!!



Benjy tersenyum lega selepas mendengar keputusan mahkamah yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memiliki dadah Mac tahun lalu.


MAHKAMAH Majistret Muar hari ini memutuskan aktor Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim 38, bebas dan dilepaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis metaphitemine seberat 1.3 gram pada Mac tahun lalu.

Majistret, Muhammad Hidayat Wahab memutuskan demikian terhadap pelakon itu tanpa memanggilnya membela diri atas pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayahtullah Raja Shariffuddin, 29, didakwa memiliki dadah selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar di sini pada 27 Mac lalu.

Benjy yang diwakili peguam bela, Farhan Read, tersenyum lega selepas mendengar keputusan tersebut.

Bagaimanapun, rakannya, Raja Shariff diperintah membela diri pada 3 dan 5 Mei depan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment