BEKAS ISTERI SULTAN BRUNEI CUMA KAWAN'..JELAS WAK DOYOK!!!



Wak Doyok mendakwa hubungannya dengan bekas isteri Sultan Brunei itu hanyalah sekadar kawan.


KUALA LUMPUR — Selepas enggan mengulas gosip percintaannya dengan Azrinaz Mazhar Hakim, Wak Doyok kini mendakwa hubungannya dengan bekas isteri Sultan Brunei itu hanyalah sekadar kawan.

Wak Doyok nama popular Muhammad Azwan Mohd Nor berkata mereka berdua lebih selesa berhubungan sebagai kawan untuk berkongsi minat masing-masing.

“Saya akui kami memang berkawan rapat dan pernah juga keluar berdua serta bersama-sama kawan lain. Tetapi, hendak dikata kami bercinta, memang tak adalah.


“Saya mengenalinya kira-kira tiga tahun lalu dalam sebuah majlis. Kebetulan kami sama-sama meminati bidang fesyen dan disebabkan itu, kami boleh rapat.

“Selain itu, kami juga banyak berbincang soal kerja dan ada ketika, saya menjadikan dirinya sebagai tempat rujukan, memandangkan beliau juga pernah menjadi wartawan dan tahu selok belok dunia hiburan,” katanya lapor Berita Harian.

Wak Doyok, 36, sebelum ini mendakwa tidak terkejut apabila gosip cintanya bersama Azrinaz mula diperkatakan umum.

Katanya, kebenaran gosip cinta bersama bekas personaliti TV itu memadai jika dikongsikan di antara mereka berdua saja.

“Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling perkatakan. Persepsi mereka saya anggap biasa saja.

“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment