AKSI TAK SOPAN 3 GADIS BERTUDUNG PADA PATUNG BUDDHA DI KECAM!



TIGA gadis bertudung dikecam para netizen susulan tersebarnya gambar mereka melakukan aksi lucah pada patung Buddha.

Perbuatan mereka dilihat bukan sahaja menghina agama lain malah mencemarkan maruah sebagai wanita Islam.

gadis tudung lucah

Dalam gambar yang mula tersebar sejak semalam, dua gadis dirakam meraba bahagian dada manakala seorang lagi membuat isyarat lucah menggunakan jari di bahagian bawah patung.

Mereka dipercayai bergambar dengan patung Budhha itu ketika menyertai lawatan di sebuah tokong.

Apa-apa pun kami ingin tegaskan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dan melihat gambar ini, Islam tidak pernah mengajar malah menghalang penganutnya menghina agama lain.

Kelakuan tiga gadis ini bukan sahaja memalukan agama mereka malah kaum Hawa yang lain. Meskipun mungkin bertujuan mahu berseronok sahaja tetapi harus diingat setiap sesuatu ada batasnya apatah lagi jika ada yang berasa terhina dengan perlakuan kita.

Walau bagaimanapun, sehingga kini identiti ketiga-tiga gadis ini masih belum diketahui malah ada yang mendakwa mereka bukan warga Malaysia tetapi Indonesia.

Biar siapa atau dari negara mana sekalipun, sama-sama jadikan pengajaran supaya kes yang mencemar imej Islam dan kaum muslimah seperti ini, tidak lagi berulang.sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment