Seorang kanak-kanak 11 tahun sesat hampir lima jam dalam hutan selepas mendakwa mengikuti seorang nenek ketika dia mahu pulang ke rumahnya di Kampung Perik pada Jumaat lalu.
Namun kanak-kanak itu, Mohd Amirul Azim Othman berjaya ditemui oleh penduduk kampung berhampiran berhampiran dengan sebuah tali air di kmpung itu kira-kira jam 12 tengah malam.
Mohd Amirul Azim berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama seorang rakannya, Hafiz Nasir, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar memancing berhampiran sebuah kuari pasir di sini.
“Ketika itu, saya terserempak dengan seorang nenek yang mengatakan mahu pulang bersama.
“Saya ada beritahu nenek itu, saya akan mengikutnya dan tidak lama selepas itu, saya seperti tidak sedarkan diri dengan mengikutnya masuk ke dalam hutan.
“Apabila masuk dalam hutan, tiba-tiba nenek itu hilang. Saya mula rasa takut kerana ditinggalkan keseorangan,” katanya.
Tambah Amirul lagi, beberapa jam selepas itu dia terdengar suara orang memanggil namanya dan semasa keluar dari hutan dia ternampak kelibat penduduk kampung sedang mencarinya.
“Saya cuba memanggil mereka, namun tiada siapa mendengarnya. Ketika itu, abang saya juga bersama mereka.
“Selepas itu, saya dengar lagi nama saya dipanggil dan ketika menghampiri mereka saya ternampak ada satu laluan. Ketika saya keluar dari laluan itu, barulah penduduk kampung dapat lihat saya,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Kakak Amirul, Anis, 17 berkata kehilangan adik bongsunya itu disedari keluarga selepas tidak pulang ke rumah sejak 7.30 malam.
“Ketika ditemui, keadaan adik agak pucat dan letih,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga bersyukur kerana adiknya ditemui selamat selepas hampir lima jam hilang.
Difahamkan beberapa tahun lalu kejadian serupa turut berlaku apabila seorang wanita hilang selama sehari dan dijumpai di kawasan pokok buluh berdekatan rumahnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment