Harga rumah yang dikatakan melambung tinggi pada ketika ini punca ramai yang masih menyewa. Lebih-lebih lagi jika tinggal di sekitar Lembah Klang, ‘seram’ tengok harga rumah.
Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ramai juga yang telah buktikan mereka mampu membeli rumah pada usia muda. Apa rahsia mereka agaknya?
Impian beli rumah sejak belajar lagi
Alhamdulillah dapat berita baik dari lawyer boleh datang ambil kunci rumah. Rasa excited sangat sangat sampai tak sabar nak pegi pejabat lawyer Dan tengok rumah. Esok nya terus pegi jumpa lawyer.
Perjalanan hidup untuk beli rumah diusia 24 tahun. Keinginan saya untuk beli rumah sejak zaman belajar lagi. Dah ada target awal diusia muda.
1. Habis belajar pada Januari 2015 dengan Degree in Accounting.
2. Mid March 2015 mula bekerja sebagai akauntan
3. May 2015 try apply credit card utk create CCRIS record. Sebab takde apa2 komitment. Bukan utk shopping ye. Tapi banyak bank reject sebab baru je kerja.
4. May 2015 Convocation and officially Degree holder in Accounting
Beli untuk investment, below market value
5. September 2015 sign booking beli rumah di kajang dengan harga RM87k (okay lah untuk investment) mv 95k, Sekarang 2016 taktau lah berapa pulak harganya, mustahil harga turun, lagi naik adalah. Rumah LAWA sesuai dengan Harga. Saya apply loan rumah sekali dengan credit card. Dua dua loan lulus. Alhamdulillah.
Credit card saya cuma Pakai untuk petrol sahaja. So dapatlah keep track expenses bulanan. Akhir bulan bayar semua.
6. Januari 2016 berhenti kerja sebagai akauntan dan start join dalam bidang hartanah. Lari sangat dari bidang akauntan ke hartanah. Jual beli dan sewa hartanah. Cari2 listing untuk jual beli jumpa pulak Harga yang cun melecun BELOW MARKET VALUE, rembat utk diri sendiri dulu. Bila dah berminat nak sign semua owner tarik tali. Masih dlm rundingan. Doakan yang terbaik. Jika rumah itu untukku, Kau permudahkanlah.
7. May 2016 handover key. Banyak barang2 owner lagi. Lepas ni banyak benda nak Kena uruskan.
Cari rumah ikut budget
Jom anak muda kita beli rumah di awal usia. Target kan diri untuk beli rumah, start menyimpan awal, Cari rumah dlm budget yang kita mampu. Rumah busuk tapi dapat return Positif cash flow.
Installment RM 400 boleh sewakan dengan fully furnished agak2 boleh berapa? InshaAllah kita tengok hasil nya nanti. Saya boleh, orang yang sebaya atau anak muda lain juga berjaya beli rumah. Harap dapat beri inspirasi kepada anda.
Home / Uncategories / Berjaya Beli Rumah Pada Usia 24 Tahun, Gadis Ini Buktikan Kita Juga Boleh Jika…
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment