Banyak Dugaan Siti tempuhi nak timang cahaya mata..tp dia redha..

PENYANYI Hetty Koes Endang memegang perut Siti Nurhaliza sambil bergurau mengenai spekulasi kehamilannya sewaktu persembahan di Istana Budaya pada 8 November lalu.


KUALA LUMPUR – Penantian selama lebih sembilan tahun pe­nyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 36, untuk memiliki cahaya mata sendiri berakhir dengan kisah duka apabila beliau mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan Khamis lalu.
Isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 56, itu berkongsi berita sedih tersebut dengan peminatnya me­lalui akaun Instagramnya kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Walaupun mengakui masih dalam fasa sedih kerana kehilangan antara anugerah terindah dalam hidupnya, Siti Nuhaliza berkata, dia reda dengan ketentuan Allah dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Tanggal 1 Disember. Rasanya sudah sampai waktu yang sesuai untuk Siti kongsikan dengan peminat dan pengikut tersayang. Pada mulanya ingin sangat berkongsi cerita indah, namun Siti percaya semua dugaan ada hikmah daripada Allah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3tFzextuG 

Hakcipta terpelihara uhi nak timang cahaya mata

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment